Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Pada entri kali ini, saya ingin kongsikan mengenai aplikasi pembelajaran abad ke 21 iaitu Quizizz. Biasanya selepas habis 1 topik yang diajar, saya akan menggunakan aplikasi Quizizz ini untuk menilai tahap penguasan mereka dalam topik tersebut. Ini kerana Quizizz ini merupakan salah satu media interaktif secara berkesan dalam pengunaan kuiz interaktif secara Online.
Disamping itu, Quizizz juga menarik untuk digunakan di dalam kelas menggantikan cara lama kuiz yang melibatkan kertas dan pen yang membazir dan membosankan. Di dalam aplikasi ini juga, banyak soalan ujian yang dikongsikan bersama untuk penilaian namun guru-guru juga dapat membuat soalan kuiz yang baharu.
Gambar menunjukkan pelajar sedang menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan. Sekiranya betul, paparan skrin berwarna akan muncul manakala sekiranya jawapan mereka salah paparan skrin berwarna merah akan dipaparkan di monitor masing-masing. Menggunakan pelbagai bentuk, warna dan muzik menjadikan aplikasi ini menarik.
Sebagai contoh, gambar dibawah menunjukkan senarai soalan yang boleh dijawab dan soalan yang tidak dapat dijawab oleh pelajar. Ia juga menunjukkan analisis peratusan soalan yang dapat dijawab oleh pelajar. Dari sini saya boleh mengenalpasti kelemahan pelajar dan mengadakan intervensi terus tentang soalan yang tidak dapat dijawab oleh mereka. Melalui aplikasi ini juga, saya boleh mendapatkan analisis markah yang telah dikeluarkan selepas pelajar menjawab soalan-soalan yang diberikan. Guru dapat menganalisis laporan kemajuan pelajarnya melalui data yang diperoleh dan melaluinya guru dapat membantu pelajarnya dibahagian yang dirasakan lemah.
Kelebihan Quizizz adalah :
- Pembelajaran bersifat interaktif dan menarik
- Guru dan pelajar tidak perlu login akaun untuk mengakses soalan
- Membolehkan guru menyediakan data dan laporan tahap penguasan pelajar dengan terperinci
- Guru dapat mengetahui kelemahan pelajar dengan menggunakan data / ranking
- Aplikasi ini boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet ataupun telefon pintar di mana-mana sahaja (cuma perlu kod untuk mengakses soalan yang sama dengan guru)












