Monday, February 10, 2020

PADLET - A BLANK WALL FOR STUDENT IDEAS......

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Memandangkan sekarang ni zaman teknologi dan cikgu pun ajar subjek teknologi, moh ler kita belajar mengenai pelbagai kegunaan "digital tools" yang boleh diguna pakai di bilik darjah. Pelajar hari ini memerlukan kemahiran celik digital untuk berjaya di dalam dan luar bilik darjah.  Sistem pendidikan pada hari ini memperlihatkan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran guru dipraktikan bagi mencapai objektif pengajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Dengan cara mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber maklumat, menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran. Pelajar hari ini memerlukan lebih banyak pemahaman dalam pelbagai perkara untuk berjaya dalam zaman yang pesat berubah. Disebabkan itu, pembelajaran secara kolaboratif amat penting.



Pengenalan


Apa itu teknologi padlet?


Pada entri kali ini, saya akan kongsikan kebaikan menggunakan padlet ini. Mula- mula dengar padlet ni masa kelas Dip Edu bersama Dr. Farhah, bunyi macam menarik kan? Jadi, apa sebenarnya padlet ni? Teknologi padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar berkongsi pendapat dan maklumat mereka di laman web yang sama. Pelajar juga boleh berkongsi dan memberikan komen melalui web ini tentang posting yang dimuat naik oleh guru. Pelajar dapat menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah. Ia berfungsi seperti kunci dalam kertas talian di mana orang ramai boleh meletakkan apa-apa kandungan . Contohnya, imej, video, dokumen, dan teks di mana-mana pada halaman yang telah disediakan,


Apa yang saya dapat kongsikan sewaktu menggunakan padlet di dalam kelas saya, pelajar dapat berkongsi slide di dalam padlet ini dengan mudah. Saya memberikan mereka topik peranan reka bentuk dalam pemasaran, pelajar dengan kreatif dapat membuat slide dengan memberikan pandagan mereka dengan mudah. Melalui posting setiap pelajar yang berbeza, mereka dapat berkongsi maklumat dan melihat idea rakan mereka yang lain. Setiap pelajar mempunyai idea yang berbeza dan dari sini saya lihat pelajar mempunyai idea yang pelbagai dan rata-rata mereka sangat suka dengan perkongsian seperti ini. Contohnya, pelajar menggunakan contoh yang berbeza di dalam reka bentuk pemasaran yang di hasilkan. Dengan ada nya teknologi padlet ini, pelajar dapat peluang sama rata untuk semua pengguna dalam kumpulan yang sama menyumbang idea dan maklum balas dan juga membenarkan pelajar mengakses semula perbincangan dan idea-idea selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. 


Berikut merupakan gambar yang saya kongsikan sewaktu di dalam kelas dan slide yang dihasilkan sewaktu menggunakan aplikasi padlet ini. Pelajar sangat teruja menggunakan aplikasi seperti ini. 










Hasil pelajar selepas selesai memuat naik tugasan mereka di dalam aplikasi padlet.












Kesimpulannya, aplikasi padlet ini amat sesuai digunakan sewaktu di dalam kelas kerana medium seperti ini merupakan satu dinding digital yang membolehkan pelajar mencatat nota semasa mengumpul maklumat dan membenarkan orang lain dalam kumpulan menggunakan maklumat tersebut. Dengan ini, kita dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk memperkembang lagi bakat mereka dalam mengeksplorasi teknologi maklumat seiring dengan perkembangan pesat di dalam teknologi pembelajaran dengan menarik minat mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).








2 comments:

  1. Penerangan yang santai dan menarik, moh kita beramal!

    ReplyDelete
  2. Menarik penggunaan Padlet. Cikgu. Dapat mengasah kreativiti pelajar menggunakan teknologi di samping menarik minat mereka dalam subjek RBT. Tahniah cikgu Huzaimaa!

    ReplyDelete