Friday, February 14, 2020

Penilaian Menggunakan Aplikasi Quizizz di dalam Kelas


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Pada entri kali ini, saya ingin kongsikan mengenai aplikasi pembelajaran abad ke 21 iaitu Quizizz. Biasanya selepas habis 1 topik yang diajar, saya akan menggunakan aplikasi Quizizz ini untuk menilai tahap penguasan mereka dalam topik tersebut. Ini kerana Quizizz ini merupakan salah satu media interaktif secara berkesan dalam pengunaan kuiz interaktif secara Online. 


Disamping itu, Quizizz juga menarik untuk digunakan di dalam kelas menggantikan cara lama kuiz yang melibatkan kertas dan pen yang membazir dan membosankan. Di dalam aplikasi ini juga, banyak soalan ujian yang dikongsikan bersama untuk penilaian namun guru-guru juga dapat membuat soalan kuiz yang baharu. 





Dalam Quizizz, guru boleh sama ada membuat kuiz sendiri atau memilih kuiz sedia ada yang dirasakan sesuai untuk pelajarnya, kemudian akan diberikan kod akses untuk kelas maya kuiz tersebut. Melalui leaderboard / skrin, guru boleh mengawal kuiz seperti tetapan masa dan sebagainya. Kod akses perlu guru berikan kepada pelajar agar mereka dapat log masuk disamping perlu menulis nickname masing-masing (tanpa perlu mendaftar dengan Quizizz). Apabila semua pelajar sudah masuk, guru boleh klik butang “start game“.




Gambar menunjukkan pelajar sedang menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan. Sekiranya betul, paparan skrin berwarna akan muncul manakala sekiranya jawapan mereka salah paparan skrin berwarna merah akan dipaparkan di monitor masing-masing. Menggunakan pelbagai bentuk, warna dan muzik menjadikan aplikasi ini menarik.


 Sebagai contoh, gambar dibawah menunjukkan senarai soalan yang boleh dijawab dan soalan yang tidak dapat dijawab oleh pelajar. Ia juga menunjukkan analisis peratusan soalan yang dapat dijawab oleh pelajar. Dari sini saya boleh mengenalpasti kelemahan pelajar dan mengadakan intervensi terus tentang soalan yang tidak dapat dijawab oleh mereka. Melalui aplikasi ini juga, saya boleh mendapatkan analisis markah yang telah dikeluarkan selepas pelajar menjawab soalan-soalan yang diberikan. Guru dapat menganalisis laporan kemajuan pelajarnya melalui data yang diperoleh dan melaluinya guru dapat membantu pelajarnya dibahagian yang dirasakan lemah.




Kelebihan Quizizz adalah  :
  1. Pembelajaran bersifat interaktif dan menarik
  2. Guru dan pelajar tidak perlu login akaun untuk mengakses soalan
  3. Membolehkan guru menyediakan data dan laporan tahap penguasan pelajar dengan terperinci
  4. Guru dapat mengetahui kelemahan pelajar dengan menggunakan data / ranking
  5. Aplikasi ini boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet ataupun telefon pintar di mana-mana sahaja (cuma perlu kod untuk mengakses soalan yang sama dengan guru)

Arduino Software - Kereta Kawalan Jauh Mekatronik

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 


Pada entri yang kedua ini, ingin saya kongsikan mengenai teknologi software yang terbaru dan diguna pakai sewaktu kelas PdP saya baru-baru ini. Untuk topik mekatronik, pelajar didedahkan dengan teknologi arduino software di dalam pembelajaran amali mereka. Oleh kerena, pengetahuan pelajar mengenai mikropengawal dan peranti elektronik yang lain, pelajar diberikan pendedahan dalam menggunakan teknologi arduino di dalam produk kereta kawalan jauh mekatronik. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu set robokit - kereta kawalan jauh. Pelajar diberikan tugasan ini untuk membuat kereta kawalan jauh itu dapat bergerak menggunakan kawalan dan pengaturcaraan di dalam software arduino. 

Macam mana arduino software ni digunakan?

Sebelum tu, saya tunjukkan lambang arduino software dulu ye. Version yang kami gunakan di sekolah adalah arduino-1.8.5-windows.




Setelah pelajar siap memasang kereta kawalan jauh ini, pelajar akan memasukkan coding iaitu kawalan dan pengaturcaraan menggunakan arduino software ini. Contoh coding seperti di bawah yang sempat diambil sebelum pelajar "run" dan upload ke mikropengawal kereta kawalan jauh ini.










Bagi memastikan pelajar dapat menyiapkan tugasan ini, pelajar perlu mahir menggunakan coding (kawalan dan pengaturacaraan) arduino software ini. Pelajar sangat teruja ketika melihat kereta kawalan jauh mereka dapat berfungsi namun terdapat juga halangan pelajar sewaktu menyiapkan hasil tugasan mereka ini. Kebanyakan kekangan mereka adalah kerana capaian internet dan sistem software arduino yang tidak dikemaskini (memerlukan version baharu) di komputer makmal sekolah.







Pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan menggunakan arduino software.



Monday, February 10, 2020

PADLET - A BLANK WALL FOR STUDENT IDEAS......

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Memandangkan sekarang ni zaman teknologi dan cikgu pun ajar subjek teknologi, moh ler kita belajar mengenai pelbagai kegunaan "digital tools" yang boleh diguna pakai di bilik darjah. Pelajar hari ini memerlukan kemahiran celik digital untuk berjaya di dalam dan luar bilik darjah.  Sistem pendidikan pada hari ini memperlihatkan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran guru dipraktikan bagi mencapai objektif pengajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Dengan cara mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber maklumat, menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran. Pelajar hari ini memerlukan lebih banyak pemahaman dalam pelbagai perkara untuk berjaya dalam zaman yang pesat berubah. Disebabkan itu, pembelajaran secara kolaboratif amat penting.



Pengenalan


Apa itu teknologi padlet?


Pada entri kali ini, saya akan kongsikan kebaikan menggunakan padlet ini. Mula- mula dengar padlet ni masa kelas Dip Edu bersama Dr. Farhah, bunyi macam menarik kan? Jadi, apa sebenarnya padlet ni? Teknologi padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar berkongsi pendapat dan maklumat mereka di laman web yang sama. Pelajar juga boleh berkongsi dan memberikan komen melalui web ini tentang posting yang dimuat naik oleh guru. Pelajar dapat menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah. Ia berfungsi seperti kunci dalam kertas talian di mana orang ramai boleh meletakkan apa-apa kandungan . Contohnya, imej, video, dokumen, dan teks di mana-mana pada halaman yang telah disediakan,


Apa yang saya dapat kongsikan sewaktu menggunakan padlet di dalam kelas saya, pelajar dapat berkongsi slide di dalam padlet ini dengan mudah. Saya memberikan mereka topik peranan reka bentuk dalam pemasaran, pelajar dengan kreatif dapat membuat slide dengan memberikan pandagan mereka dengan mudah. Melalui posting setiap pelajar yang berbeza, mereka dapat berkongsi maklumat dan melihat idea rakan mereka yang lain. Setiap pelajar mempunyai idea yang berbeza dan dari sini saya lihat pelajar mempunyai idea yang pelbagai dan rata-rata mereka sangat suka dengan perkongsian seperti ini. Contohnya, pelajar menggunakan contoh yang berbeza di dalam reka bentuk pemasaran yang di hasilkan. Dengan ada nya teknologi padlet ini, pelajar dapat peluang sama rata untuk semua pengguna dalam kumpulan yang sama menyumbang idea dan maklum balas dan juga membenarkan pelajar mengakses semula perbincangan dan idea-idea selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. 


Berikut merupakan gambar yang saya kongsikan sewaktu di dalam kelas dan slide yang dihasilkan sewaktu menggunakan aplikasi padlet ini. Pelajar sangat teruja menggunakan aplikasi seperti ini. 










Hasil pelajar selepas selesai memuat naik tugasan mereka di dalam aplikasi padlet.












Kesimpulannya, aplikasi padlet ini amat sesuai digunakan sewaktu di dalam kelas kerana medium seperti ini merupakan satu dinding digital yang membolehkan pelajar mencatat nota semasa mengumpul maklumat dan membenarkan orang lain dalam kumpulan menggunakan maklumat tersebut. Dengan ini, kita dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk memperkembang lagi bakat mereka dalam mengeksplorasi teknologi maklumat seiring dengan perkembangan pesat di dalam teknologi pembelajaran dengan menarik minat mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).