Friday, February 14, 2020

Arduino Software - Kereta Kawalan Jauh Mekatronik

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 


Pada entri yang kedua ini, ingin saya kongsikan mengenai teknologi software yang terbaru dan diguna pakai sewaktu kelas PdP saya baru-baru ini. Untuk topik mekatronik, pelajar didedahkan dengan teknologi arduino software di dalam pembelajaran amali mereka. Oleh kerena, pengetahuan pelajar mengenai mikropengawal dan peranti elektronik yang lain, pelajar diberikan pendedahan dalam menggunakan teknologi arduino di dalam produk kereta kawalan jauh mekatronik. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu set robokit - kereta kawalan jauh. Pelajar diberikan tugasan ini untuk membuat kereta kawalan jauh itu dapat bergerak menggunakan kawalan dan pengaturcaraan di dalam software arduino. 

Macam mana arduino software ni digunakan?

Sebelum tu, saya tunjukkan lambang arduino software dulu ye. Version yang kami gunakan di sekolah adalah arduino-1.8.5-windows.




Setelah pelajar siap memasang kereta kawalan jauh ini, pelajar akan memasukkan coding iaitu kawalan dan pengaturcaraan menggunakan arduino software ini. Contoh coding seperti di bawah yang sempat diambil sebelum pelajar "run" dan upload ke mikropengawal kereta kawalan jauh ini.










Bagi memastikan pelajar dapat menyiapkan tugasan ini, pelajar perlu mahir menggunakan coding (kawalan dan pengaturacaraan) arduino software ini. Pelajar sangat teruja ketika melihat kereta kawalan jauh mereka dapat berfungsi namun terdapat juga halangan pelajar sewaktu menyiapkan hasil tugasan mereka ini. Kebanyakan kekangan mereka adalah kerana capaian internet dan sistem software arduino yang tidak dikemaskini (memerlukan version baharu) di komputer makmal sekolah.







Pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan menggunakan arduino software.



3 comments:

  1. Luar biasa teknologi yang digunakan! Mungkin boleh cipta kereta terbang juga selepas ini. Well done!

    ReplyDelete
  2. Menariknya Arduino ni. Penerangan yang ringkas dan padat. Penggunaan teknologi yang bagus untuk menarik minat pelajar.

    ReplyDelete